Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Ucapan Takziah buat Keluarga Allahyarham Datuk Dr. Amran Kasimin

1025
SHARE

Ucapan Takziah buat Keluarga Allahyarham Datuk Dr. Amran Kasimin

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Datuk Dr Amran Kasimin yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.56 petang semalam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Kuala Lumpur.

Allahyarham Datuk Dr. Amran banyak memberi sumbangan besar kepada pendokumentasian rawatan tradisional komplementari Melayu Islam di Malaysia menerusi penerbitan pelbagai jurnal dan buku. Turut berjasa membangunkan Pertubuhan Darussyifa’ Malaysia bersama Allahyarham Tuan Guru Haron Din. Beliau juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi.

Semoga Allah merahmati dan mengganjari syurga buat Almarhum Datuk Dr Amran Kasimin.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
27 Ogos 2020 | 26 Muharram 1442