Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS merakamkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Datuk Osman Sapian

125
SHARE

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْهَ وَعَافِهَ وَاعْفُ عَنْهَ

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Datuk Osman Sapian, bekas Menteri Besar Johor yang telah pulang ke rahmatullah di ibu negara pada jam 11:45 malam, 21 Disember 2021.

Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas sebelum ini diserang angin ahmar pada pertengahan Oktober lalu ketika berada di kediamannya dan telah dilaporkan stabil pada awal November.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Islam Menyatukan Ummah”

YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khirudin
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

#MalaysiaPrihatin #KeluargaMalaysia