Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS gesa KDN tegas tangani isu arak

536
SHARE

PAS GESA KDN TEGAS TANGANI ISU ARAK

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) konsisten dengan pendirian menolak semua perkara yang bertentangan dengan syariat termasuk industri minuman keras yang jelas membawa mudarat kepada sistem sosial, kekeluargaan dan keselamatan masyarakat keseluruhannya.

Isu yang tular kini mengenai arak berjenama Timah hakikatnya telah wujud di negara ini sejak daripada tahun 2013 lagi. Namun, perlu diingat bahawa minuman keras walau apa jenama sekali pun adalah tetap dilarang oleh Islam.

Oleh itu, ia perlu dikawal seketat mungkin bagi mengelakkan daripada berlaku lebih banyak kerosakan sebagaimana yang dibuat oleh negeri Kelantan yang merupakan antara model terbaik dalam mengawal industri berkaitan arak dari sudut jualan dan kebenaran meminumnya.

Justeru, PAS menyeru kepada semua pihak untuk berganding bahu dalam usaha membangunkan sebuah negara baharu yang lebih baik dan bebas daripada kemudaratan kesan daripada minuman arak yang berleluasa.

PAS turut menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar lebih tegas dalam mengawal industri arak ini. Begitu juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjwab dalam meletakkan syarat yang lebih ketat berkaitan arak.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
16 Oktober 2021 | 9 Rabiulawal 1443H