Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 Bukti PN Tangani Kes Pemandu Mabuk

1310
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 Bukti PN Tangani Kes Pemandu Mabuk

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyambut baik pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam usaha menangani salah laku pemandu mabuk yang menjadi igauan akibat tragedi kematian atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan undian untuk meminda Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 semalam.

Antara hukuman yang dipinda adalah kadar denda daripada tidak kurang RM5000 kepada tidak kurang RM20,000. Tidak kurang 2 tahun tempoh penjara kepada tidak kurang 5 tahun. Antara lain tempoh penggantungan lesen daripada 3 tahun kepada 5 tahun.

Aspek nyawa dan akal perlu dipelihara dengan sebaiknya selaras dengan tuntutan agama Islam.

PAS berharap konsistensi dalam menjaga kesejahteraan rakyat dan negara dijadikan keutamaan kepimpinan Perikatan Nasional.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
27 Ogos 2020 | 8 Muharram 1442