Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Pemulihan dana 1MDB : PAS tuntut penjelasan

66
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia

PEMULIHAN DANA 1MDB : PAS TUNTUT PENJELASAN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menuntut penjelasan terperinci daripada SPRM dan PDRM berhubung siasatan aset dana milik 1MDB melibatkan akaun Iron Rhapsody Ltd dan Cutting Edge Industries Ltd. Kedua-dua syarikat tersebut telah dikaitkan dengan suami kepada bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Tawfiq Ayman dan Samuel Goh.

PDRM wajar tampil menjelaskan hasil siasatan memandangkan ia telah bermula sejak awal tahun 2021. PDRM juga mengakui bahawa siasatan telah dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Penjelasan harus segera dilakukan kerana ia melibatkan wibawa institusi awam.

PAS turut merakamkan ucapan terima kasih kepada SPRM dan agensi penguatkuasan antarabangsa susulan kejayaan membantu memulihkan pemulangan aset dana 1MDB yang kini berjumlah RM20.5 bilion kepada Kerajaan Malaysia.
Sekian, terima kasih.

YB Senator Ir Ts Hj Khairil Nizam Khirudin
20 Rabiul Akhir 1443 | 25 November 2021