Home Berita PAS Kelantan

Terima kasih kepada semua petugas – ADUN Pengkalan Kubor

113
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

PENGKALAN KUBOR, 30 Sept: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor yang juga Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat melakukan lawatan pada hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di pos kawalan di Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Simpangan, semalam.

Pada kesempatan itu, beliau berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan khidmat sepanjang tempoh tersebut.
Sempena lawatan itu juga bantuan turut diagihkan kepada 585 keluarga yang terbabit dengan PKPD di kedua-dua kampung tersebut.