Home Berita PAS Kelantan

“Kafe Warisan” martabatkan variasi budaya bangsa di Kelantan

47
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 29 Sept: Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) sentiasa mengumpul dan mengupas maklumat berkaitan budaya dan warisan yang diamalkan oleh semua bangsa di Kelantan bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda tentang seni dan falsafah pemakaian semutar dan kain sarung dan permainan wau traditional melalui program Kafe Warisan yang bersiaran melalui Facebook UPKN setiap Rabu, pukul 9.00 malam.

Pengarah UPKN, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood berkata program bual santai yang memartabatkan identiti Kelantan tanpa mengira bangsa dapat mengelakkan khazanah pusaka bangsa daripada kepupusan pengamalnya. Sekali gus, menjadi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa ke Kelantan untuk merasai pengalaman menyobek wau atau menaiki beca gaya orang Kelantan.

Program terbitan Unit Libat Urus Masyarakat (ULUM) ini diacarakan oleh Penolong Pengarah (Perhubungan Awam), Azimi Mahmood bersama Penolong Pengarah (Penerangan) Foo Min Li mendapat sambutan menggalakkan contohnya episod Projek Rumah Pelangi meraih ribuan tontonan.

Foo Min Li menyifatkan Kafe Warisan memberi pengalaman luar biasa kepadanya pada pra dan pasca episod.

“Sebelum ke lokasi rakaman, kita sepasukan teruja menyediakan rancangan jalan cerita dan teknik penggambaran. Hal sedemikian adalah pengalaman baharu bagi saya yang berlatar akademik dalam bidang Sains Politik.

15 episod Kafe Warisan bersiaran benar-benar menambah nilai kompetensi dan memberi peluang saya menerokai banyak perkara baharu khasnya membabitkan nilai seni budaya yang sangat berharga seperti pembuatan keris dan persembahan wayang kulit”, katanya.

#VariasiProduksiUPKN
#KelantanMakmur