Home Berita PAS Kedah

“Tolonglah kami bina parit baru”

145
SHARE

Oleh ZULKIFLI AZIZ

KUPANG, 29 Sept – Saliran parit tidak sempurna menyebabkan empat buah rumah di Kampung Kepala Titi Sedim sering ditenggelami air banjir kilat apabila hujan lebat.

Imam Masjid Al Huda Kampung Kepala Titi, Md Nayan Che Li, 71, berkata, parit sedia ada tidak dapat mengalirkan air ke Sungai kerana laluannya tersekat dengan jalan mini tar kampung berkenaan .

Justeru, beliau memohon Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang membina saliran parit baru yang menyambung ke sungai bagi mengatasi masalah tersebut.

Sementara itu, Setiausaha PKWR DUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar berkata, pihaknya telah meninjau masalah berkenaan bersama pihak kontraktor pada petang tadi.

“Cadangan pembinaan saliran parit baru perlu diperhalusi kerana ia akan melibatkan pengambilan tanah penduduk bergeran.

“Insya Allah kita akan membantu empat buah keluarga yang selalu terjejas banjir kilat itu mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Turut hadir, Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan (JPKK) Kampung Sedim, Ghazali Abu.