Oleh : ANAS ABDULLAH
ALOR GAJAH : PASTI Negeri Melaka telah menganjurkan Tamrin Guru PASTI peringkat Negeri Melaka di Kem Permata Resort selama dua hari bermuloa pada 26 November dan berakhir pada 27 November 2019 di sini.
Menurut Pengarah Program yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan Jasin Mohammad Hafiz bin Jasman, program ini dianjurkan bagi memantapkan kerohanian kepada semua guru-guru PASTI di Melaka.
Katanya, program ini diteruskan lagi kerana ia adalah program tahunan yang telah dijalankan sebelum-sebelum ini serta memberi impak yang besar melalui maklum balas dan tindakan dari guru-guru sendiri.
Tambahannya lagi, aktiviti disini sungguh menarik seperti kayak, water confident, jungle tracking, dan aktiviti-aktiviti lain lagi.
Majlis penutup serta ucapan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Bilal Ruhuddin sebagai penutup Tamrin Guru PASTI Negeri Melaka tahun ini disertakan dengan pemberian hadiah kepada peserta melalui aktiviti yang dijalankan.
Turut hadir bersama Ketua Pengarah PASTI Negeri Melaka Ustaz Mohd Syafiq Ismail bagi memeriahkan lagi tamrin kali ini.