Home Artikel PAS Wilayah

Ramah Mesra Pimpinan PAS WP bersama Ahli Lembah Pantai

142
SHARE

Ramah mesra pimpinan PAS WP bersama ahli Lembah Pantai

Oleh: Wan Syahirah binti Wan Jafri

PETALING – Jawatankuasa Harian Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) telah mengadakan lawatan ke PAS Kawasan Lembah Pantai di Kampung Pasir, Petaling semalam.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang diPertua PAS Kawasan Lembah Pantai, Ustaz Dr. Azhar Yaacob kemudian diikuti dengan taujihat oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya dan Ketua Dewan Ulama’ PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Haji Mohd Ali Jamil.

Pertemuan tersebut turut dimeriahkan dengan sesi penyerahan borang ahli baru PAS Lembah Pantai.

Siri lawatan ini diakhiri dengan sesi ramah mesra dan soal jawab antara ahli PAS Kawasan Lembah Pantai dan Jawatankuasa Harian BPPWP.