Home Berita PAS Melaka

Lensa WARM : ARC Ride PN 2 PD

142
SHARE

 

Oleh IBNU JANIE
Foto ABU ANAS, HANIFF ISTIQAMAH DAN SHAMSHAHIR SHAMSUDIN

PORT DICKSON: Lebih 500 buah motosikal Alternatif Riding Club (ARC) dari Melaka, Johor termasuk tuan rumah Negeri Sembilan terlibat dalam Konvoi ‘Ride PN 2 PD’ yang berakhir di Pantai Bagan Pinang Port Dickson berlangsung dari pagi hingga tengah hari pada Isnin, 5 Jun lepas.

Program bertujuan untuk mewujudkan gelombang sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 15 yang bakal dihadapi negeri itu tidak lama lagi.

Konvoi dari Melaka telah dilepaskan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tangga Batu, di Tanjung Minyak Perdana oleh Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Konvoi Melaka kemudiannya singgah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Masjid Tanah untuk sarapan pagi dan bergabung dengan konvoi ARC Kawasan Masjid Tanah sebelum meneruskan perjalanan ke Port Dickson melalui Jambatan Tanjung Agas.

Sementara itu Konvoi ARC Johor tiba di Port Dickson sekitar jam 10.30 pagi dan bergabung dengan konvoi ARC Melaka dan Negeri Sembilan di perkarangan Masjid Pusasda Port Dickson.

Konvoi berakhir di Pantai Bagan Pinang dengan aktiviti khidmat masyarakat membersihkan pantai, cabutan bertuah dan makan tengah hari sebelum berakhir sekitar jam 2.00 petang.


 

Pelepasan konvoi ARC Ride PN 2 PD oleh Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, YB Dr Yadzil Yaakub di Pusat Khidmat Parlimen Tangga Batu. Turut melepaskan konvoi ialah Pesuruhjaya PAS Melaka yang juga Ahli Parlimen Jasin, YB Tuan Guru Zulkifli Ismail dan Timbalan Pesuruhjaya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Bakri Jamaluddin.

Seterusnya bergerak ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Masjid Tanah

Berhenti di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Masjid Tanah untuk sarapan pagi.

Seterusnya bergerak ke lokasi pertemuan dengan ARC Negeri Sembilan di Jambatan Tanjung Agas Kuala Linggi

Berehat sebentar di Jambatan Tanjung Agas Kuala Linggi.

Seterusnya bergerak ke lokasi berkumpul di Dataran Masjid Pusasda, Port Dickson.

 

Berhenti di Dataran Masjid Pusasda dan bergabung dengan ARC Johor.

Seterusnya bergerak ke lokasi akhir program di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson 

Tiba di Pantai Bagan Pinang Port Dickson dan menjalankan program khidmat masyarakat membersihkan sampah di sepanjang Pantai Bagan Pinang Port Dickson yang dilancarkan oleh YB Bakri Jamaluddin. Majlis berakhir dengan ucapan penutup dan cabutan bertuah.

Foto-foto terakam sepanjang perjalanan dari Tangga Batu ke Pantai Bagan Pinang, Port Dickson.

 

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH