Home Berita PAS Melaka

Muslimat PAS Melaka rai anak yatim dipelihara penjaga

141
SHARE

Oleh IBNU JANIE

KOTA MELAKA, 19 Apr : Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) mempunyai cara tersendiri dalam meraikan anak-anak yatim bagi menyambut hari raya dengan memilih mereka yang tinggal di rumah penjaga berbanding yang berada di rumah-rumah anak yatim.

Menurut ketuanya, Kintan Man, ini kerana rumah-rumah anak yatim sudah sedia menjadi tumpuan pihak korporat dan dermawan berbanding dengan anak-anak yatim yang dipelihara keluarga penjaga.

Beliau menyatakan perkara ini dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pejabat Berita PAS Melaka berkenaan Program Sutera Kasih Anak Yatim Dirai (SKTHAYDR) yang berlangsung pada Sabtu, 15 April lepas.

“Ini merupakan program tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) di Bulan Ramadan Al Mubarak. Uniknya program ini, kami mencari anak- anak yatim yang dipelihara sendiri oleh ibu atau penjaga di rumah mereka sendiri.

“Oleh kerana, DMPNM maklum bahawa ramai ahli-ahli korporat menyalurkan sumbangan terutama di bulan Ramadan ini kepada anak- anak yatim yang berada di rumah-rumah anak yatim, maka kami mengambil kaedah yang berbeza,” ujar beliau.

Menurut Kintan, untuk kali ini DMPNM berjaya mengumpulkan seramai 90 orang anak yatim yang kurang bernasib baik dari seluruh kawasan Parlimen dalam Negeri Melaka dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan-kawasan (DMPK).

“Untuk mengisi slot motivasi, majlis diserikan lagi dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Ahmad Azfar yang merupakan Johan Qari kanak- kanak di peringkat antarabangsa yang kami undang khas bagi memberi semangat dan motivasi hidup kepada anak-anak yatim ini supaya mencintai Al-Quran.

“Beliau ditemani oleh ayahandanya, Ustaz Azra’ie yang memberi pengkongsian bagaimana beliau mendidik anaknya hingga berhasil menjadi Johan di peringkat antarabangsa.

“Menurutnya, beliau mendidik, mengajar membaca Al Quran secara bertaranum dari umur anaknya empat tahun sehingga kini berumur sepuluh tahun,” ujarnya.

Kata Kintan lagi, demi melahirkan budaya Al Quran, semua ahli keluarga harus bersungguh-sungguh komited dalam membangunkan generasi Al-Quran dalam sesebuah keluarga Rabbani.

“Satu perkongsian yang amat menarik lagi menyentuh hati iaitu ada seorang peserta dari anak autisme, yang mulutnya sentiasa mengalunkan bacaan Al-Quran.

“Apabila ditanya, bila anak istimewa ini berhenti mengalunkan ayat-ayat suci ini, ibunya menjawab ketika beliau tidur. Maha suci Allah yang memberi keistimewaan kepada yang istimewa lagi terpilih,” jelas beliau.

Tambah beliau, DMPNM mengucapkan setinggi-setinggi jutaan terima kasih kepada para dermawan budiman yang telah memberi sumbangan seikhlas hati.

“Hanya Allah yang selayaknya memberi ganjaran ke atas amal jariah yang sesungguhnya akan mengalir hingga ke akhirat nanti,” ujarnya.

Tambahnya lagi, DMPNM juga mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada semua Panitia Program Penganjuran SKTH AYDR yang dipertanggungjawabkan kepada Lajnah Kebajikan Dan Kemasyaratan yang dipengerusikan oleh Rafidah Rosli yang juga merupakan pengarah bagi program ini.

“DMPNM berharap program ini dapat diteruskan dengan menambah nilai, melakukan anjakan paradigma, inovasi yang canggih serta diberikan nafas baharu sejajar dengan PAS, sebuah parti yang sedang mengukir nama kemenangan yang menjadi pilihan rakyat khususnya anak muda yang peka dengan perkembangan politik kini.

“Bantuan rakyat kita tidak boleh mengamalkan birokrasi supaya sumbangan ini dapat kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang politik,” tambah beliau lagi dalam kenyataan itu.

Program yang berlangsung di Kompleks Japerun Duyong itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Sudin Noh mewakili Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang juga merupakan Ahli Parlimen Jasin yang tidak dapat hadir atas urusan yang lebih penting.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH