Home Berita PAS Kelantan

Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP) dalam pelaksanaan

322
SHARE

PASIR PUTEH, 3 Ogos: Pembangunan tanah di Fasa 1B Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali atau Tok Bali Integrated Fisheries Park (TBIFP) di bawah perancangan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) seluas 17.087 ekar yang dibangunkan di atas tanah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedang dalam pelaksanaan.

Pembangunan ini melibatkan penyediaan lot-lot industri yang lengkap dengan infrastruktur asas seperti rangkaian jalan, sistem perparitan berserta kolam tadahan, lampu jalan, landskap, tangki air bertingkat berserta paip bekalan air, sistem telekomunikasi dan loji rawatan kumbahan berserta paip kumbahan yang dijangka siap pada Disember 2022.

Ketua Jajahan Pasir Puteh, Mohd Adlee Yasin berkata, projek ini terletak bersebelahan dengan jeti LKIM bagi memudahkan urusan yang melibatkan industri perikanan.

“Satu tapak telah siap dibangunkan kilang air batu dengan kos RM10 juta. Kini kerja-kerja pemasangan mesin ais sedang dilakukan dan dijangka siapa pada Disember 2022. Ianya memberi sepuluh peluang pekerjaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya pada 7 Julai lalu.

Selain kilang air batu, pihak ECERDC juga memaklumkan terdapat beberapa buah syarikat lain yang komited dan berpotensi untuk melabur di tempat tersebut. Antaranya ialah syarikat yang terlibat dalam pemprosesan ikan (ikan sejuk beku, otoshimi dan surimi) serta pemprosesan ikan tuna yang membabitkan pelaburan bernilai RM36.4. juta. Pelaburan ini bakal membuka 207 peluang pekerjaan.