Home Berita PAS Kelantan

Taman Awam Bukit Gedombak 76 peratus siap

258
SHARE

PASIR PUTEH, 11 Ogos: Laporan kerja fizikal Taman Awam Bukit Gedombak 76 peratus siap yang dikemaskini sehingga tarikh 26 Julai.

Pegawai Perancang Bandar dan Desa Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Nik Nur Nabihah Nik Mahind berkata projek bernilai RM6.57 juta di bawah seliaan Jabatan Landskap Negara (JLN) tersebut bermula pada 28 Oktober 2020.

Katanya, kerja-kerja perparitan dan landskap lembut (softscape) sedang berjalan di tapak projek.
“Antara komponen yang dibangunkan ialah landskap kejur (hardscape), landskap lembut (softscape), tandas, surau, gerai, pondok pengawal, gazebo dan beberapa kemudahan lain yang disediakan kepada pengunjung nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Berhubung perkara yang sama, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Ahmad Adlee Yasin memaklumkan Taman awam berkeluasan 23 ekar itu bakal menjadi satu-satunya taman bandar di jajahan Pasir Puteh.

“Taman ini akan menjadi tempat rekreasi keluarga dan beriadah kepada orang ramai, khususnya penduduk setempat,” katanya ketika ditemui pada 7 Julai lalu di pejabatnya.