Home Berita PAS Kelantan

Menteri KASA rasmi Pejabat Khidmat Malaysia

42
SHARE

SELANGOR, 10 Ogos: Menteri Alam Sekitar dan Air ( KASA), YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dijemput merasmikan Pejabat Khidmat Malaysia di Pusat Perdagangan Selaseh, Batu Cave, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Khidmat Malaysia merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Menurut YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim, Khidmat Malaysia adalah merupakan badan pengurusan penyelamat, bantuan dan pemulihan bencana dan kecemasan yang terkehadapan di peringkat nasional dan antarabangsa.