Home Berita PAS Kelantan

Pasukan Team Pagero FC johan Liga Elit

41
SHARE

KOTA BHARU, 11 Ogos: Pasukan Team Pagero FC berjaya menjuarai perlawanan akhir bola sepak Liga Elit DUN Kota Lama 2022 yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Selasa lalu.

Naib juara diraih oleh pasukan Flat Buluh Kubu FA manakala tempat ketiga menjadi milik bersama pasukan Tengku Anis FC dan Bayam FC.

Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama selaku Ketua Pegawai Tadbirnya, Mohd Mortazi Ismail hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Beliau berharap pada tahun-tahun akan datang, kejohanan seperti itu terus diadakan bagi mencungkil bakat anak-anak muda dalam sukan bola sepak.

Turut hadir, Sekreteriat Kejohanan Liga Elit DUN Kota Lama.