Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah kepada keluarga Almarhum Ustaz Rizuan Rahmat, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

113
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Ustaz Rizuan Rahmat, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor yang telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 4 petang, 29 Jun 2021 di Hospital Sungai Buloh.

Almarhum Ustaz merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor selama dua penggal, Penolong Setiausaha 2 Pertubuhan Muafakat Pondok Se-Malaysia (PMPS) dan telah menghabiskan usianya untuk melahirkan generasi al-Quran dengan mengasaskan Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Quran serta menjadi mudir Tahfiz Ar-Ridhuan, Selangor. Beliau juga merupakan salah seorang exco NGO Geng Ustaz.

Terlalu banyak jasa dan ilmu yang dicurahkan oleh Almarhum kepada masyarakat sama ada di masjid, surau dan pusat pengajian sehingga akhlaknya disenangi oleh sesiapa sahaja yang mengenali Almarhum.

Kehilangan Almarhum merupakan kehilangan besar buat jemaah secara amnya dan PAS Selangor khususnya.

Didoakan semoga Almarhum diberi keampunan dan rahmat serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
29 Jun 2021 | 17 Zulkaedah 1442