Home Berita PAS Johor

PEMULIH bukti kebertanggungjawaban kerajaan

49
SHARE

PEMULIH BUKTI KEBERTANGGUNGJAWABAN KERAJAAN

Terima kasih Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah mengumumkan semalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bernilai RM150 bilion sebagai membuktikan sikap kebertanggungjawaban kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berterusan kepada rakyat Malaysia.

PEMULIH dilihat sebagai satu pelan pemulihan yang tepat pada masanya dengan menggariskan strategi dan kaedah yang jelas mengenai hala tuju negara untuk keluar daripada cengkaman pandemik COVID19 secara berfasa dengan meletakkan tiga fokus utama iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi.

PEMULIH sudah tentu dilaksanakan dengan berdasarkan perkiraan sebaiknya daripada pelbagai sudut berdasarkan fakta realistik seperti mana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.

Secara umumnya, penerima manfaat terbesar PEMULIH adalah golongan B40, M40, PKS yang merupakan segmen yang paling terkesan dengan penutupan ekonomi kerana mereka adalah merupakan penggerak utama bagi memacu pembukaan semula ekonomi.

Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri semalam, program vaksinasi akan menjadi kunci utama kejayaan kita bagi melawan COVID-19, PN Negeri Johor yang telahpun menjadikan aktiviti pendaftaran vaksinasi sebagai agenda penting ketika ini menggesa agar rakyat Johor yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin untuk menyegerakan kewajipan ini untuk kebaikan kita bersama bagi menjayakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Kerajaan yang bersifat prihatin, bermuafakat dan berkebajikan akan dapat membawa negara keluar daripada pendemik ini dan seterusnya mencapai kemenangan bersama melawan COVID19.

Sekian. terima kasih.

 

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil 

Ketua Penerangan Perikatan Nasional Negeri Johor

Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor

Tarikh : 29 Jun 2021