Home Berita PAS Pusat

PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhumah Datin Paduka Prof Dr. Mehrun Siraj

275
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhumah Datin Paduka Prof Dr. Mehrun Siraj yang telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 4.19 pagi, 29 Jun 2021.

Semasa hayat, Almarhumah pernah berkhidmat sebagai anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan perunding bagi agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Selain itu, Almarhumah juga merupakan mantan Dekan bagi Fakulti Undang-Undang, UKM.

Almarhumah banyak menulis artikel yang menerangkan undang-undang keluarga melibatkan perbezaan agama pasangan. Antaranya adalah ‘Conversion to Islam and its effect on a non-Muslim marriage (2006), ‘Child Custody Cases Between Muslim and Non Muslim Parents Needed Resolution (2009)’ dan ‘Human Rights in Malaysia: The Last Ten Years-Women And Religion (2008)’.

Didoakan semoga Almarhumah diberi keampunan dan rahmat serta di tempatkan bersama golongan yang beriman dan soleh.