Home Khas

PAS kerah negeri dan kawasan bantu mangsa banjir

552
SHARE

PAS KERAH NEGERI DAN KAWASAN BANTU MANGSA BANJIR

PAS turut berdukacita dengan kejadian bencana banjir berskala besaryang berlaku di hampir seluruh negara beberapa hari yang lalu akibat hujan lebat.

Sehubungan itu, PAS mengarahkan semua PAS Negeri, Kawasan dan Cawangan supaya mengambil langkah segera membantu mangsa-mangsa banjir di tempat masing-masing dan juga kawasan berhampiran mengikut mana yang berkaitan. Jabatan Amal PAS dan Khidmat Malaysia PAS diarahkan menjadi Penyelaras Operasi bagi menyelaraskan kerja-kerja bantuan dan menyelamat. Bilik Gerakan Utama dibuka di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, manakala Negeri-negeri dan Kawasan-Kawasan bolehlah membuka Bilik Operasi di tempat masing-masing mengikut
kesesuaian.

Di samping itu PAS Negeri-Negeri diarahkan melancarkan Derma Bencana Banjir dari Ahli-Ahli PAS dan orang awam untuk turut membantu pembiayaan pengurusan banjir.

PAS yakin dengan digerakkan semua usaha dan bantuan daripada pertubuhanpertubuhan tanpa mengira latar belakang atas dasar ‘Keluarga Malaysia’ akan dapat membantu memperkasakan lagi usaha hampir semua agensi-agensi Kerajaan yang
telah turun dalam menghadapi bencana yang besar pada kali ini.

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS

Bertarikh: 19 Disember 2021