Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah kepada ahli keluarga empat anggota TUDM

313
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang meninggal dunia akibat kejadian tembakan di Kem TUDM Kota Samarahan, Sarawak pada 13 Ogos 2021.

Empat individu yang terlibat ialah Koperal Udara (Kpl U) Mohammad Ehsan Sehamat, Kpl U Ho Swee Boon, Laskar Udara Kanan (LUK) Nesly Nabau dan Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli.

Semoga seluruh ahli keluarga mangsa dan pasukan TUDM Kota Samarahan dikurniakan kesabaran di atas kehilangan wira-wira negara ini.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
14 Ogos 2021 | 5 Muharram 1443