Home Kenyataan Media PAS Perlis

Penangguhan sementara aktiviti solat jemaah dan kuliah agama

110
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
PENANGGUHAN SEMENTARA AKTIVITI SOLAT BERJEMAAH DAN KULIAH AGAMA

Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis (BPPNPs) mengambil maklum akan peningkatan mendadak kes Covid-19 yang dilaporkan di negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Justeru, selaras dengan SOP terkini berkaitan aktiviti pengimarahan masjid dan surau yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertarikh 14 Ogos 2021, Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis (BPPNPs) mengambil keputusan menangguhkan sementara kebenaran pelaksanaan aktiviti solat berjemaah dan kuliah agama di semua premis parti.

Penangguhan ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan berkuatkuasa hari ini sehingga diberitahu kelak.

BPPNPs berharap agar semua pihak dapat bersabar dan terus patuh dengan peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN

MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
14 ogos 2021 | 5 Muharram 1443H