Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah buat seluruh ahli keluarga Tun Sakaran Dandai

43
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Tun Sakaran Dandai yang telah kembali ke Rahmatullah pada 5.30 pagi, 30 Ogos 2021.

Semasa hayat Almarhum berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan pada 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002, Ketua Menteri Sabah kelapan pada 1994 dan pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada 2017.

Almarhum banyak menabur bakti buat negeri Sabah dan negara khususnya, dalam meningkatkan taraf sosioekonomi  dan pendidikan masyarakat serta menyebarluaskan kesusasteraan Islam.

Pemergian Almarhum merupakan satu kehilangan besar buat negara khususnya bagi rakyat Sabah.

Didoakan semoga Allah merahmati dan menempatkan Almarhum bersama orang-orang yang beriman.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
30 Ogos 2021 | 21 Muharram 1443