Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah buat seluruh ahli keluarga Saudara Halim Muda

199
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Saudara Halim Muda yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.30 pagi, 16 Ogos 2021.

Semasa hayat beliau, Allahyarham menggalas amanah sebagai Penolong Setiausaha Penerangan PAS Selangor dan Setiausaha Kerja PAS Selangor.

Selain daripada itu, Allahyarham juga banyak menyumbang tenaga dalam tugasan teknikal parti di peringkat kawasan, negeri mahupun Pusat.

Pemergian Allahyarham yang banyak berjasa dan berkorban untuk PAS merupakan kehilangan besar khususnya bagi negeri Selangor.

Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan para solehin.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
16 Ogos 2021 | 7 Muharram 1443