Home Berita PAS Wilayah

Menteri, MAIWP teruskan agenda jejak asnaf

38
SHARE

Oleh : Dhiya’ Muttmainnah

BATU : Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal EhwaI Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menyantuni asnaf di Kampung Chubadak Tambahan baru-baru ini.

Ziarah tersebut adalah bertujuan untuk meneliti sendiri isu-isu asnaf di lapangan dan turut hadir bersama beliau adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail dan wakil Skuad Jejak Asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menerusi laman rasmi Facebook beliau, antara asnaf yang ditemui adalah merupakan individu yang telah kehilangan kaki kiri akibat letupan tong gas dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai.

Individu tersebut juga didapati belum pernah menerima sebarang bantuan dari pihak berwajib dan bakal menerima Bantuan Kewangan Bulanan daripada MAIWP.

Beliau juga turut membuat kunjungan ke Surau Raudhatul Muttaqin, Taman Dato’ Senu bagi menunaikan Solat Fardhu Maghrib selepas sesi ziarah asnaf tersebut.

Kebenaran solat berjemaah di surau mahupun masjid di sekitar Wilayah Persekutuan telah diberikan dengan pematuhan garis piawaian yang ketat.

Kehadiran beliau juga telah disambut oleh Pengerusi Masjid Al Hidayah, Mohd Jiwa Khairi, Pengerusi Surau Raudhatul Muttaqin, Ramli Ibrahim dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2, Abu Bakar Abdul Rahman.