Home Berita PAS Wilayah

Kebajikan rakyat keutamaan PAS Batu

20
SHARE

Kebajikan rakyat keutamaan PAS Batu

Oleh : Maizatul Asida
14 Ogos 2021

BATU : Tanpa menghiraukan isu pergolakan politik negara mutakhir ini, PAS Batu tetap konsisten menyantuni rakyat.

Terkini, PAS Batu melalui program Sumbangan Tabung Bantuan Covid (STBC) telah menyerahkan bantuan berbentuk barang keperluan asas kepada penduduk sekitar kawasan Batu.

Sekurang-kurangnya 15 isi rumah telah memohon untuk mendapatkan bantuan dan serahan telah dilakukan serentak di dua lokasi terpilih.

Bertempat di Masjid Al Hidayah Sentul, seramai enam orang wakil isi rumah hadir mengambil sumbangan, masing-masing dari Sri Kelantan dan Sri Pangkor.

Serahan sumbangan bagi dua penerima lagi dihantar terus ke rumah mereka di Flat Sentul Utama.

Serahan di Zon 2 ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Batu, Shukhiri Kamis, ahli jawatankuasa PAS Batu, Zurina Din serta Timbalan Ketua Zon 2 PAS Batu, Harif Mahmud.

Lokasi kedua pula bertempat di sekitar Zon 6. Serahan sumbangan dihantar terus ke 7 buah rumah di sekitar PPR Batu Muda, PPR Sri Aman Jinjang, Flat Sri Perak dan PPR Taman Wahyu.

Sumbangan di lokasi kedua ini telah dijayakan oleh AJK PAS Batu, Md Rosli Md Yatim, Setiausaha Kerja PAS Batu, Fahim Muzzakir dan wakil dari Cawangan PAS Taman Wahyu.

Orang ramai diseru untuk menghubungi Hotline Bantuan Covid-19 PAS Batu di 01118705115 / https://HotlineTBCPASBatu.wasap.my sekiranya mempunyai maklumat berkaitan individu atau keluarga di sekitar Parlimen Batu yang terkesan akibat pandemik ini agar lebih ramai golongan sasaran dapat dibantu.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda melalui ;

1. Nombor akaun PAS Kawasan Batu Bank Islam Berhad : 12113010000551
(Rujukan ; Tabung Bencana Covid)

2. Secara atas talian @ https://amilin.pas.org.my/pasbatu/tabungbantuancovid19
Info lanjut & makluman sumbangan, hubungi

Ahmad Bahar (Bendahari PAS Batu)
http://www.wasap.my/60192865229 / http://www.wasap.my/60193344255

Untuk memohon bantuan, hubungi :
01118705115 https://HotlineTBCPASBatu.wasap.my

Like | Follow | Share :
https://linktr.ee/paskawasanbatu