Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Datuk Jamali Shadat, 78 tahun yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 8:30 pagi ini, 3 Februari 2021.
Allahyarham merupakan anak seni yang sering menceriakan kita dengan lawak komedi pada sekitar tahun lapan puluhan.
Watak beliau sebagai kanak-kanak bernama ‘Atan’ antara yang paling tidak dapat dilupakan.
Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan roh Allahyarham bersama orang-orang yang beriman.
إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
“Islam Memperkukuh Perpaduan”
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
3 Februari 2021 | 21 Jamadil Akhir 1442