Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Terbaru, Kluster Industri Serkam!

1036
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 2 Feb : Satu kluster baharu dikesan di Negeri Melaka hari ini iaitu Kluster Industri Serkam, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, sebanyak 69 Kes positif kumulatif dikesan bagi kluster baharu ini dengan 64 daripadanya dikesan di daerah Jasin dan lima lagi dikesan di daerah Melaka Tengah.

Tambah laporan itu lagi, kluster ini melibatkan 38 warganegara dengan 27 daripadanya adalah pekerja, tujuh ahli keluarga, empat lagi kenalan sementara 31 kes lagi terdiri daripada pekerja bukan warganegara.

Tambah JKNM lagi, kluster lain yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Rambai, Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Dialisis Malim, Kluster Tembok Kemus, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Jalan Usaha, Kluster Bukit Sebukor, Kluster Serkam Tengah, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Bukit Palah, Kluster Jalan Kejora dan Kluster Jalan Masjid Tanah, sementara kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Harapan dan Kluster Tanjung Megah.

Sementara itu sebanyak 62 kes baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini dengan 45 daripadanya adalah kes tempatan, dua kes Import B, manakala 15 kes lagi adalah kes banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu lagi, berdasarkan daerah, daripada 62 kes itu, 51 kes dikesan di Melaka Tengah, enam kes di Alor Gajah sementara lima kes lagi dikesan di Jasin.

JKNM juga melaporkan sebanyak 145 kes sembuh baharu direkodkan hari ini manakala 1016 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk tujuh kes ICU sementara enam kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, sembilan mukim berada di zon hijau, 21 mukim lagi berada di zon kuning, tiada mukim berada di dalam zon jingga manakala satu mukim dalam zon merah iatu mukim Sungai Baru Tengah (76 kes)

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, tiada zon hijau; 20 mukim di dalam zon kuning; tiga mukim di dalam zon jingga; dan enam mukim lagi di dalam zon merah iaitu mukim Bachang (131 kes), Bandar Melaka (257 kes), Batu Berendam (102 kes), Bukit Baru (98 kes), Bukit Katil (49 kes) dan Sungai Udang (59 kes).

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, empat adalah di dalam zon hijau; 14 adalah dalam zon kuning; dua mukim dalam zon jingga dan satu mukim dalam zon merah iaitu Serkam (54 kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 3455 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor hari ini masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri dengan mencatat sebanyak 1145 kes, diikuti oleh Johor yang mencatatkan 708 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 222,628 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.




Agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera TEPEN
Hubungi Bahrum : 011-16964842