Home Berita PAS Melaka

Aduan Rakyat : Gangguan babi hutan, buat aduan telefon, tindakan dalam 3 hari – PERHILITAN

1199
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 4 Feb: Pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Shahrul Nizam Mahat berkata, aduan tentang gangguan babi hutan boleh dibuat menerusi panggilan telefon terus ke pejabat jabatan itu di talian 06-2345610.

“Sekiranya dalam masa tiga hari tiada tindakan dibuat, aduan boleh dibuat kepada Biro Pengaduan Awam (BPA).

“Bila BPA masuk campur, Ketua Pengarah kena jawab e-mail dalam tiga hari juga,” jelas beliau ketika ditemubual Wartawan Rakyat Malaysia (WARM) di Kampung Sungai Tuang, di sini, kelmarin.

Pada 29 Januari lepas sepasukan anggota PERHILITAN seramai empat orang dari Tanjung Tuan Melaka telah turun ke sini membuat pemantauan dan memasang sangkar perangkap babi hutan yang merosakkan tanaman dan halaman rumah beberapa orang penduduk kampung ini.

Ini berikutan dari aduan yang dibuat oleh seorang pengadu, Casper Grootenhuis Abdoel Whahid dan juga pendedahan yang dibuat oleh WARM pada 26 Januari lepas.

 

Ketika ditemui kelmarin, Shahrul bersama dengan beberapa orang kakitangan PERHILITAN turun sekali lagi untuk membuat pemantauan terhadap perkembangan aduan tersebut.

Mengulas tentang dakwaan salah seorang pengadu, Norazli Mohd Zain, 50, yang mendakwa tiada tindakan walau pun telah diadukan kepada Sidang Kampung, Shahrul tidak pasti samada pihak Sidang Kampung sudah membuat aduan kepada PERHILITAN atau pun tidak.

“Biasanya kalau ada telefon, memang ada pegawai menyiasat. Jadi nak confirm balik Sidang ada buat aduan pada PERHILITAN atau tidak?

“Sebab kalau aduan tidak sampai pada PERHILITAN jangan salahkan PERHILITAN tak datang,” ujar beliau lagi.

Pegawai PERHILITAN, Shahrul Nizam Mahat

Tambah beliau lagi jika dalam jangkamasa tiga hari tiada tindakan, Timbalan Pengarah PERHILITAN akan mengarahkan anggota untuk bertindak secara ’emergency’.

Sementara itu Shahrul turut berkongsi tentang kekangan yang dihadapi mereka dalam usaha mengurangkan populasi babi hutan ini.

“Kita berharap agar pendududuk bersabar kerana kita kekurangan perangkap juga kakitangan dan terpaksa tinggalkan perangkap untuk dua atau tiga hari kerana kawasan tersebut merupakan kawasan sasaran.

“Dan kita juga ada membuat rondaan 9 malam hingga 2 pagi untuk tembak babi hutan di kawasan sasaran babi hutan dan kita beritahu penduduk terlebih dahulu,” ujar beliau.

Menurut beliau lagi, daripada pemerhatian beliau sendiri sebenarnya populasi babi hutan ini sudah tidak banyak.

“Pada pengamatan saya babi hutan ini hanya tinggal ‘setompok- setompok’. Sebanyak lima ekor dalam kawasan- kawasan tertentu semak belukar. Umpamanya dari kawasan Tanjung Bidara hingga Kuala Linggi,” jelas beliau lagi.

Sepanjang operasi itu, dua ekor babi hutan telah berjaya diperangkap dalam sangkar dan telah ditembak mati oleh oleh beliau sendiri.



Agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera TEPEN FROZEN
Hubungi Bahrum : 011-16964842