Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah buat ahli keluarga YDP PAS Kawasan Titiwangsa

179
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Yang Di-pertua PAS Kawasan Titiwangsa, Almarhum Tuan Hj Khairul Anuar Abd Manap yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 8 pagi, 14 Ogos 2021.

Almarhum merupakan Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan dan sebelumnya pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan bagi beberapa penggal.

Pemergian Almarhum yang banyak berjasa dan berkorban untuk parti merupakan kehilangan yang besar buat semua khususnya buat PAS sendiri.

Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan Almarhum bersama orang-orang yang beriman.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
14 Ogos 2021 | 5 Muharram 1443