Home Berita PAS Wilayah

Agihan bakul makanan PAS Batu bantu mereka terkesan Covid-19

129
SHARE

Oleh: Ramizah Rahmad

13 Ogos 2021
BATU : PAS Batu terus komited menyantuni golongan terjejas menerusi program Sumbangan Tabung Bantuan Covid (STBC).

Kali ini bantuan disampaikan kepada golongan memerlukan di PPR sekitar Parlimen Batu.

Bantuan berupa bakul makanan tersebut diagihkan kepada penerima dari rumah ke rumah di PPR Beringin, PPR Batu Muda, Flat Seri Kelantan, Flat Sentul Utama dan PPR Sentul Murni bagi mengelakkan penularan wabak.

Hadir menyampaikan bantuan ini adalah, Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Batu, Shukhiri Kamis, AJK PAS Kawasan Batu, Zurina Din dan Encik Rosli Md Yatim, Timbalan Ketua Zon 2 PAS Batu, Hanif Mahmud dan wakil PAS Cawangan Taman Beringin, Azahari Mohd Nooh.

Orang ramai diseru untuk menghubungi Hotline Bantuan Covid-19 PAS Batu di 01118705115 / https://HotlineTBCPASBatu.wasap.my sekiranya mempunyai maklumat berkaitan individu atau keluarga di sekitar Parlimen Batu yang terkesan akibat pandemik ini agar lebih ramai golongan sasaran dapat dibantu.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda melalui ;

1. Nombor akaun PAS Kawasan Batu Bank Islam Berhad : 12113010000551
(Rujukan ; Tabung Bencana Covid)

2. Secara atas talian @ https://toyyibpay.com/Tabung-Covid-PAS-Batu
Info lanjut & makluman sumbangan, hubungi

Ahmad Bahar (Bendahari PAS Batu)
http://www.wasap.my/60192865229 / http://www.wasap.my/60193344255

Like | Follow | Share :
https://linktr.ee/paskawasanbatu