Home Berita PAS Wilayah

Takziah atas pemergian Ketua Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Wilayah Persekutuan

175
SHARE

Takziah atas pemergian Ketua Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Wilayah Persekutuan

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan seluruh saff kepimpinan mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, almarhum Tuan Khairul Anuar Abd Manap.

Beliau dikhabarkan telah meninggal dunia pada hari ni, 14 Ogos 2021 jam 8 pagi selepas menjalani pembedahan jantung di Hospital KPJ Ampang Puteri pada 11 Ogos lalu.

Semoga ahli keluarga beliau diberi ketabahan untuk menghadapi ujian ini. Semoga almarhum diampun dosanya dan diberi ganjaran yang sewajarnya atas sumbangannya kepada PAS khususnya dan masyarakat amnya.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
14 Ogos 2021 l 5 Muharram 1443H