Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Tahniah Ketua Menteri Sabah: Pimpin Negara, Perkukuh Perpaduan

565
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Tahniah Ketua Menteri Sabah: Pimpin Negara, Perkukuh Perpaduan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah di atas pelantikan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Beliau yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah telah mengekalkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman. Pengalaman menjadi wakil rakyat sejak 1990 dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pada 2018 menjadikan beliau dikenali di Sabah.

Kepercayaan yang diberikan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada beliau hendaklah dipikul dengan penuh tanggungjawab dalam merealisasikan Aku Janji GRS seterusnya memberikan fokus kepada kesejahteraan negeri di bawah bayu itu.

Kebersamaan semua wakil rakyat Sabah dibawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji amat penting dalam mentadbir negeri yang kaya dengan adat dan budaya.

PAS percaya, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dapat dijalinkan demi memastikan agenda pembinaan negara berjaya digerakkan bersama.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
29 September 2020 | 11 Safar 1442