Home Artikel PAS Wilayah

Kluster Setapak: Warga Wilayah Perlu Lebih Waspada | Kenyataan Media Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)

410
SHARE

Kenyataan Media
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)

Kluster Setapak: Warga Wilayah Perlu Lebih Waspada

1. Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) mengambil maklum akan wujudnya Kluster Setapak sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 27 September 2020.

2. Hal ini sangat membimbangkan dan menjadi perhatian BPPWP, lebih-lebih lagi dengan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia yang telah melepasi sepuluh ribu orang dan bilangan kes harian yang kian meningkat saban hari.

3. Justeru, BPPWP menyeru seluruh warga Wilayah Persekutuan agar tidak leka dan terus berwaspada dengan risiko penularan COVID-19 dengan mematuhi ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) di mana sahaja sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

4. BPPWP juga ingin mengingatkan agar tidak menularkan berita palsu berkenaan kes-kes COVID-19 dan hanya merujuk kepada sumber-sumber maklumat yang rasmi seperti Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. Akhirnya, BPPWP mengajak semua warga Wilayah untuk terus berdoa dan berusaha sebaik mungkin agar wabak ini dapat dikekang daripada terus menular di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.

اللهم إنا نعوذبك من البرص والجنون والجذام ومن سيء الأسقام

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
28 September 2020 | 10 Safar 1442