Home Artikel PAS Melaka

Sudut BMF : Al Haziq Frozen Food jual 100 peratus makanan produk Muslim

1350
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 29 Sept : Al Haziq Frozen Food sebuah pasar mini yang berorientasikan makanan sejuk beku telah dibuka di Kawasan Perindustrian Pengkalan Balak.

Menarik tentang pasar mini yang baru beroperasi pada 5 September baru-baru ini ialah ia menjual 100 peratus produk makanan Muslim dan satu-satunya seumpamanya yang terdapat di kawasan ini.

Antara makanan yang dijual termasuk murtabak ayam, murtabak daging, roti boom, roti canai dan banyak lagi makanan sejuk beku yang disukai oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Pemiliki Al Haziq Frozen Food, Hasbullah Mohamad Halil berkata, bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan dengan kenalan dan rakan-rakan terdekat kini beliau telah berjaya membuka pasar mini ini dengan modal permulaan sendiri sebanyak RM70 ribu.

Menurut Hasbullah, perniagaan beliau ini tidak terbatas pada makanan sejuk beku sahaja malah beliau merancang untuk mempelbagaikan lagi perniagaan beliau dengan membuka tiga lagi lot perniagaan berdekatan untuk kedai makan, kedai cuci kereta dan kedai kek pada masa akan datang di kawasan yang sama.

Malah, kata beliau, memang menjadi hasrat beliau agar umat Islam khususnya di kawasan persekitaran membuka mata dan minda untuk beralih kepada produk Muslim.

“Setakat ni ada beberapa vendor yang berminat untuk menjalin perniagaan dengan Al Haziq Frozen Food.

“Saya harap lebih banyak lagi perniagaan yang berorientasikan Islamik dapat terus dikembangkan dan terus mendapat tempat di kalangan masyarakat Islam.” ujar beliau bersemangat ketika ditemubual Wartawan Rakyat Melaka (WARM) semalam.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)