Home Berita PAS Kelantan

Tahniah JPNK terima Pensijilan Pengurusan Kualiti

44
SHARE

KOTA BHARU, 8 Ogos: Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob mewakili seluruh kepimpinan
Kerajaan Negeri, mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) atas kejayaan memperolehi Pensijilan Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.

Pensijilan yang berkuatkuasa sehingga 5 Julai 2025 itu dinilai di bawah Skop Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli Di Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Dato’ Ahmad berkata penerimaan pensijilan tersebut membuktikan bahawa pengurusan hutan Kelantan mengikut setiap garis panduan (SOP) serta ketetapan yang dibuat oleh badan pensijilan.

“Negeri Kelantan adalah negeri yang pertama di Semenanjung Malaysia yang berjaya memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2015”, katanya.

Beliau menerima plak ketandaan kejayaan tersebut daripada Timbalan Pengarah Perhutanan Kelantan Abdul Wahab Deraman di pejabatnya, semalam.