Home Berita PAS Kelantan

Kelantan terpilih sambut Hari Sastera, himpun lebih 200 sasterawan

48
SHARE

KOTA BHARU, 7 Ogos: Dengan bertemakan ‘Islam dan Sastera Kebangsaan,’ Hari Sastera yang ke-18 pada kali ini diadakan di PCB Resort, Kota Bharu pada 4 hingga 6 Ogos lepas telah menghimpunkan lebih 200 orang sasterawan dari seluruh negara bersama-sama berkampung bagi membincang, bersoal jawab serta menyuarakan pendapat yang secara tidak langsung dapat menyemarakkan lagi perkembangan sastera kebangsaan.

Umumnya, perhimpunan Hari Sastera tersebut bertujuan menghasilkan sesuatu yang positif dan memberi perkembangan yang lebih baik untuk sastera, kerana hampir keseluruhan negeri menghantar para sasterawan masing-masing untuk membawa pulang dapatan yang berguna bagi memantapkan aktiviti kesusasteraan dan gerakan persatuan pada peringkat negeri nanti.

Hari sastera tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Mohd Amar Abdullah dan majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Perlancongann YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman. Turut sama hadir, Ketua Satu GAPENA Datuk Zainal Abidin Datuk Wira Borhan dan para sasterawan.

Sementara itu, pelbagai aktiviti telah diadakan di antaranya adalah pembentangan kertas kerja berkenaan Apresiasi Sastera Islam, majlis gapo-gapo, acara santai puisi, aktiviti sumbang idea dan lain-lain.