Home Berita PAS Sabah

Perteguh Muafakat, Memperkukuh Kemenangan

119
SHARE

Oleh : Martina Tahil
8 Ogos 2022

Kota Kinabalu : Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS) kali ke-32 diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di sini Sabtu lepas.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah (DMPNS), tema Muktamar Tahunan pada kali ini ‘Perteguh Muafakat, Memperkukuh Kemenangan’ diangkat sekali lagi.

“Ini menunjukkan bahawa kita mengambil pendirian tegas dan mempertahankan prinsip dalam menyatukan semua rakyat yang cintakan kesejahteraan dan ingin memastikan negara sentiasa dalam keadaan stabil,” ujarnya lagi.

Turut hadir Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, Penolong Setiausaha PAS Sabah, Amiruddin Mohd Rosdi dan Ketua Pengarah Briged Muslimat Malaysia, Nuri Muhammad.

Manakala tetamu terhormat rakan politik yang hadir Naib Ketua Srikandi Bersatu Negeri Sabah, Datuk Amisah Yassin, Naib Ketua Parti Solidariti Tanah Airku, Noraiza Mohammad Noor dan Naib Ketua Wanita Wiranita STAR, Loritah Ondoi.

DMPNS telah mengurniakan anugerah kepada beberapa orang penerima sebagai tanda penghargaan kepada ahli.

Pengerusi Lajnah Dakwah DMPNS, Nusaibah Bunari mendapat Anugerah Istiqamah kerana bergiat aktif dalam gerak kerja PAS sejak tahun 1988 dengan komited dan berterusan sehingga kini.

Anugerah Muslimat Muda pula dianugerahkan kepada Fadilah Nordin yang telah banyak membantu gerak kerja muslimat di peringkat negeri mahupun kawasan.

Selain itu, DMPNS turut mengurniakan Anugerah Lajnah Proaktif kepada Lajnah Dakwah atas pencapaiannya berdasarkan plan strategik yang dibina telah mencapai hampir 60 peratus.

Lajnah Dakwah telah menjalankan aktiviti dengan begitu giat sama ada di peringkat nasional, negeri dan juga kawasan.

Norsah berharap dengan penganugerahan ini menyuntik semangat lebih ramai ahli untuk terus berkerja membantu PAS mencapai agenda memperkasakan Islam khususnya di bumi Sabah.