MACHANG, 20 Jan: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Haji Hassan, hari ini hadir menyampaikan bantuan kematian kepada wasi penghulu wakil kaum daripada Tabung Koperasi Penghulu Negeri Kelantan yang berjumlah RM10,150.
Ibu kepada mendiang iaitu Koh Leng Chew 56, sebagai penerima wasi kepada Tan Keng Cheng 32, bekas penghulu wakil kaum bagi Dun Temangan yang meninggal dunia pada hujung tahun lepas akibat mengalami masalah jantung.
Sementara itu, Tabung Koperasi Penghulu Negeri Kelantan ditubuhkan untuk berperanan menjaga kebajikan penghulu-penghulu lantikan dari Kerajaan Negeri, yang mana setiap musibah yang berlaku akan diberikan bantuan.
Turut hadir Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kelantan Mr Lim Guan Seng, Ketua Penerangan DHPP Mr Lau Chin Chua serta Ketua Wanita DHPP Miss Foo Min Li.
Pengerusi DHPP Ketika di temui media berharap agar pengganti penghulu yang akan dilantik nanti akan dapat berkhidmat serta dapat bekerjasama dengan penghulu lantikan yang lain dengan jayanya.
Tambahnya lagi “Kematian mediang Tan Keng Cheng merupakan satu kehilangan buat masyarakat Tiong Hwa dalam DUN Temangan, dan saya berharap penggantinya nanti boleh bekerjasama dengan baik dengan masyarakat DUN Temangan”.