Home Berita PAS Kelantan

Kerajaan Negeri bantu masalah kenaikan harga barang melalui jualan murah

60
SHARE

KOTA BHARU, 23 Jan: Isu kenaikan harga barang sememangnya memberi bebanan dan tamparan kepada rakyat, dikala rakyat masih lagi bertarung untuk memulihkan kembali ekonomi mereka.

Justeru itu, Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDPNHEP) Negeri Kelantan bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa terlibat secara langsung dalam menjayakan program Jualan Keluarga Malaysia bertempat di Dataran Kala Glare Walk, dalam usaha untuk membantu para pengguna bagi menikmati tawaran harga yang berpatutan dan lebih murah.

Menerusi catatan laman sosial Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, dan kesihatan YB Dr Izani Husin yang hadir lawatan ke tapak program tersebut melahirkan ucapan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung bagi menjayakan program tersebut.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula semalam menyajikan pelbagai jenis barangan keperluan harian seperti ayam, telur, ikan, minyak masak, barangan kering dan juga basah ditawarkan dengan harga istimewa pada program jualan kali ini.