Home Artikel PAS Kelantan

Solat hajat, munajat di Putik 8 Mac

149 views
SHARE

KOTA BHARU: PAS Kelantan akan mengadakan solat hajat serta bermunajat 8 Mac ini ketika parti itu menghadapi cabaran getir dengan pelbagai tuduhan bersilih ganti.

Ustaz Wan Roslan Wan Hamat menyampai insentif kepada seorang pemain.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, program itu akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) bermula dengan solat Maghrib berjemaah.

Menurutnya, program itu sebagai menyahut seruan Presiden PAS yang meminta semua ahli mengadakan solat hajat, bermunajat dan berdoa bagi hadapi situasi hari ini.

“Orang menuduh Presiden kita dengan pelbagai tuduhan rasuah. Ini merupakan petunjuk yang jelas kita tidak melakukan kesalahan melainkan satu tuduhan liar dalam usaha mereka melemahkan sokongan PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan penyerahan insentif kepada pemain serta pengurusan pasukan bola sepak Kelantan FC di Wakaf Bharu dekat sini petang semalam.

Majlis penyampaian itu disempurnakan Exco Belia, Sukan dan NGO nege.ri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat yang turut dihadiri oleh Ketua Jurulatih Kelantan FC, Zulhasmi Ismail. – HARAKAHDAILY 6/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10028-solat-hajat-munajat-di-putik-9-mac