Home Artikel PAS Kelantan

Rakyat bernaung di bawah payung Islam, Melayu

107 views
SHARE

KOTA BHARU: Rakyat tidak mempunyai pilihan lain lagi dalam suasana politik negara sekarang melainkan bernaung di bawah payung Islam dan Melayu.

Che Abdullah Mat Nawi bersama pemain Kelantan United FC.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, Islam begitu terancam sekarang.

“Maka umat Islam khususnya pendokong Islam mesti membuat keputusan yang tidak merugikan agama dan perjuangan orang Melayu,” katanya di sini.

Semalam berlangsung pertemuan rasmi antara PAS dan Umno bagi membincangkan hala tuju dan garis panduan kerjasama antara kedua-dua belah parti.

Mesyuarat tersebut diadakan di Ibu Pejabat Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

PAS diketuai Timbalan Presiden Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man manakala Dato’ Seri Muhammad Hasan pula mengetuai Umno. – HARAKAHDAILY 6/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10037-rakyat-bernaung-di-bawah-payung-islam-melayu