Home Artikel PAS Selangor

GUAN ENG MAHU MAIN API?

3,103 views
SHARE

Roslan SMS

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mahu main api. Apabila gagal membendung kebangkitan kuasa politik Melayu Islam di Cameron Highlands dan kemudiannya Semenyih beliau mula main kotor.

Kerjaaama PAS -Umno dakwa beliau adalah pengisytiharan perang terhadap bukan Melayu.

Beliau main sentimen kebencian untuk adu-domba dan menghasut rakyat khususnya masyarakat bukan Melayu dengan kenyataan sangat tidak bertanggungjawab ini

Malaysiakini asalnya melaporkan Guan Eng sebut ” declare war on non Malays” atau isytihar perang atas bukan Melayu. Tetapi kemudiannya menukar tajuk dengan nota kaki pengarangnya yang menyebut:

Lim has corrected his earlier statement….” maksudnya Lim telah MEMPERBETULKAN kenyataannya yang asal.

Lim perlu dinasihatkan jangan bakar dan mainkan isu perkauman sesuka hati.

PAS parti Islam yang majoriti ahlinya orang Melayu. Umno pula parti Melayu Bumiputera. Seruan perpaduan ummah adalah seruan untuk menyatukan orang Melayu yang beraqidah Islam. Ia bukannya rasis sebaliknya mengajak ke arah perpaduan dan kebaikan.

Orang Melayu bukan mahu berperang dengan saudara mereka yang bukan Melayu. Itu tuduhan jahat Lim.

Sebaliknya Umno dan PAS mahu menyatukan tenaga politik mereka ke arah cita-cita politik yang sama. Memerintah Malaysia yang berbilang kaum dan agama dengan adil dan saksama. Biar semua dapat hidup aman damai termasuk yang bukan Melayu.

Lim jangan menghasut dan menakut-nakutkan rakyat. Politik lawan dengan politik secara waras dan aman. Jangan nyalakan api kemarahan.

Samada beliau segera berhenti atau didakwa kerana menghasut dan mengadu domba.

Yang kami tentang DAP bukannya masyarakat bukan Melayu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=857750624564275&id=100009880363600