Oleh : HANIFF ABD RAHIM
KEMENDOR : Ahli Parlimen Kuala Nerus, merangkap AJK PAS Pusat Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan muafakat PAS dan UMNO merupakan satu kebangkitan rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.
“Kita menyaksikan bahawa, sokongan rakyat terhadap kerajaan PH, emakin merosot. Bahkan, ada dalam kalangan ahli PAS dan UMNO keluar parti sebelum PRU-14, dan hari ini masuk semula kepada parti yang asal.”katanya semasa berucap dalam Ceramah Perdana Muafakat Parlimen Jasin semalam.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman juga menyatakan sokongan rakyat terhadap kerajaan PH kini sudah tidak seperti dahulu sewaktu berkempen PRU-14.
“Rakyat sebenarnya terpengaruh dengan isu skandal rasuah Datuk Seri Najib, atas persepsi dan fitnah yang dibuat oleh pemimpin PH. Ianya termasuklah, Tun M yang sanggup keluar parti UMNO, menubuhkan parti baharu dan bersekongkol dengan parti DAP,” jelasnya.
Menurut Tajuddin lagi, hasil kemenangan PH hari ini, tidak memberikan apa-apa kemajuan dalam Negara, malah ditolak oleh rakyat disebabkan janji manifesto yang tidak tertunai.
Program Muafakat Nasional Parlimen Jasin semalam, telah mendapat sambutan yang sangat baik dari penduduk setempat. Program tersebut diadakan di Kompleks PAS kawasan Jasin (KOMPAJ) Kemendor, Jasin, Melaka.