Home Artikel PAS Perlis

Sunathon PAS Kangar Dapat Sambutan

320
SHARE

Oleh: Amirul Syakirin

KANGAR : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kangar telah menganjurkan program khatan beramai-ramai bertempat di PASTI Al-Hidayah, Padang Kota semalam.

Program yang diberi nama Sunathon PAS Kawasan Kangar 2019 diadakan dengan kerjasama Lajnah Kesihatan PAS Negeri Perlis.

Sejumlah 44 orang kanak-kanak menyertai program berkenaan yang dikendalikan oleh seramai 15 orang pegawai perubatan dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA) dan KPJ Perlis Specialist dekat sini.

Selain berkhatan, pelbagai acara lain turut disediakan kepada para pengunjung, antaranya perkhimatan pemeriksaan kesihataan percuma, ceramah kesihatan dan kenduri rakyat.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Kangar, Ustaz Yussaine Yahya.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis, Baharuddin Ahmad dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kasim.

Ustaz Yussaine dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Sunathon PAS Kawasan Kangar 2019.

“PAS Kawasan Kangar juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kawasan ini kerana telah memberi kepercayaan kepada kami mengendalikan program berkhatan yang menjadi tuntutan kepada anak-anak kita,” katanya.