Home Artikel PAS Melaka

Program Berkhatan PAS Cawangan Gangsa Kali Ke Lima

362
SHARE

Oleh : Ahmad Kautsar

DURIAN TUNGGAL : Program berkhatan PAS Cawangan Gangsa, dalam Dun Durian Tunggal dirasmikan oleh Penyelia PAS Dun Durian Tunggal, Mohsin Ibrahim di Surau Al-Munawarah, Kg Gangsa di sini semalam.

Program Berkhatan PAS Cawangan 2019 yang merupakan program kali ke lima dianjurkan ini telah disertai seramai 15 orang peserta. Semua peserta yang bakal dikhatankan ini diarak dengan paluan kompang.

Mereka juga menerima cenderahati yang disumbangkan oleh Penyelia Dun Durian Tunggal sebelum masuk ke dalam surau untuk dikhatankan.

Program berkhatan ini dilakukan oleh dua orang doktor serta tiga orang lagi pembantu perubatan.

Program berkhatan yang diadakan setiap tahun ini mendapat sambutan baik dari penduduk sekitar kerana ia memudahkan ibubapa dalam urusan mengkhatankan anak mereka.

Turut menjayakan program ini ialah pimpinan dan ahli-ahli PAS Cawangan Gangsa. Program tamat sekitar jam 1 tengahari.