Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Sekalung Tahniah atas Pelantikan YB Senator Baharu

647
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Sekalung Tahniah atas Pelantikan YB Senator Baharu

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan sekalung tahniah kepada YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khirudin, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) atas lantikan sebagai Ahli Dewan Negara.

Pelantikan ini diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Semoga Allah SWT merahmati dan memandu beliau serta seluruh wakil PAS untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya demi membina Malaysia yang sejahtera.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
28 Disember 2020 | 13 Jamadil Awal 1442