Home Berita PAS Melaka

Kelab Sukarelawan Dun Kuala Linggi anjur ceramah agama

400
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 28 Dis: Kelab Sukarelawan Dun Kuala Linggi telah menganjurkan program ceramah agama sempena Program Semarak Perpaduan di Masjid Aminin, Sungai Tuang, di sini, malam kelmarin.

Program yang menampilkan Imam DUN, Ustaz Ahmad Shahir Shafie sebagai penceramah ini merupakan program ceramah agama kali ke-13 yang dianjurkan kelab sukarelawan ini dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara, Japerun Kuala Linggi dan masjid-surau Dun ini.

Ustaz Ahmad Shahir dalam ceramahnya berkata, tujuan utama program ini adalah untuk mengajak umat Islam supaya terus mengekalkan perpaduan dan jangan lagi berpecah belah.

“Kita boleh gunakan kaedah-kaedah yang sesuai yang selari dengan kehendak Islam demi untuk perpaduan Ummah” ujar beliau dalam ceramahnya itu.

Dalam program yang sama juga seramai 10 orang asnaf dalam kalangan penduduk kampung telah menerima sedikit sumbangan selepas selesai ceramah dan solat Isyak.

Program ceramah agama ini turut dihadiri oleh Penghulu Dun Kuala Linggi, Haji Aszahari Razak, Pengerusi Masjid Aminin, Haji Ridzuan Taib, Pengerusi JPKK, Haji Hanapiah Taib, AJK Masjid dan penduduk-penduduk Kampung Sungai Tuang.