Home Artikel PAS Kelantan

Sanusi sudah lama cenderung PAN

7,127 views
SHARE

KOTA BHARU: Tindakan bekas pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Sanusi Othman meletak jawatan sudah lama dijangka.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, isu itu bukan perkara baru kerana orang ramai sedia maklum mengenai tindak tanduk bekas pegawai terbabit.

Katanya beliau difahamkan peletakannya jawatan secara tiba-tiba bagi membolehkannya bertanding sebagai calon Pakatan Harapan mewakili Parti Amanah Negara (PAN).

“Itu hak dia (untuk bertanding), PAS tidak boleh menghalangnya,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Manifesto PAS Kelantan Pilihan Raya Umum ke-14 di sini, hari ini.

Semalam Naib Presiden PAN, Husam Musa mengumumkan Sanusi meletak jawatan berkuatkuasa serta merta selepas bersama parti itu.

Menurutnya pimpinan parti itu bersetuju untuk mempertimbangkan sebagai calon pada PRU mewakili Pakatan Harapan.

Sanusi sebelum ini pernah mengetuai sementara Air Kelantan Sdn Bhd.

Difahamkan adik beradik Sanusi juga dikatakan akan dicalon bertanding mewakili PAN di Machang. – HARAKAHDAILY 24/4/2018