Home Artikel PAS Wilayah

Santai Petang PAS Keramat Berimpak Tinggi

358 views
SHARE

Oleh : MUIZZUDDIN BIN HAMID

Keramat Jaya – PAS Zon Keramat dengan kerjasama HALWA Zon terus komited menghadapi pilihan raya umum ke 14 pada kali ini dengan turun ke dataran Pangsa Murni dan mendekati masyarakat setempat.

Walaupun selepas hujan lebat, namun masyarakat setempat tetap turun untuk mendapatkan penerangan dan pencerahan terus yang disampaikan oleh PAS Zon Keramat dek kerana kurang faham dan kurang jelas tentang isu-isu sekitar yang sedang berlegar difikiran masyarakat setempat.

Turut menampilkan Naib Yang Di-Pertua Kawasan, Ustaz Abdul Hadi Abdul Halim dalam menerangkan segala pencerahan, juga bersama Haji Hoslan bin Hussin dan wakil anak muda menampilkan Saudari Nusaibah bt Ibrahim selaku Pengerusi Ameerah Titiwangsa.

Ujar Ustaz Abdul Hadi “Penyalahgunaan dalam urus tadbir negara kian membarah di dalam negara kita, selaku masyarakat, kita sebagai hakim wajib memilih pemimpin yang tiada salah laku dan telus dalam aspek tadbir urus negara.”

Juga wakil daripada anak muda, Saudari Nusaibah dalam menyampaikan ucapan dan pencerahan, “Pendidikan kini menjadi satu perniagaan kepada golongan atasan dan PAS dengan matlamat kebajikan menyatakan dalam manifesto mahu melupuskan pinjaman PTPTN kepada penghutang-penghutang”, ujar beliau.

Majlis turut diserikan dengan hidangan teh panas dan pelbagai makanan untuk tetamu yang hadir.